AKTIVITI SURAU SMKSP
Banyak aktiviti keagamaan yang dilakukan di surau Nur Al-Falah ini, salah satunya. Solat zohor dan solat asar berjemaah pada sesi persekolahan petang, setiap kali masuk waktu solat guru-guru dan murid-murid sesi petang akan solat zohor dan asar berjemaah. Pada setiap hari jumaat pula tepat pada pukul 3.30 petang semua murid akan berkumpul di Surau Nur Al-Falah ini untuk bacaan yaasin dan bacaan yaasin akan diketuai oleh ketua pelajar sekolah. Pada bulan Ramadhan pula aktiviti tadarus Al-quran akan diadakan, semua murid terlibat dalam aktiviti tadarus Al-quran ini dan guru panitia PAI juga melibatkan diri dalam tadarus Al-quran pada setiap tahun.