SEJARAH

Surau Nur Al-Falah mula dibina pada pertengahan tahun 1997 di atas tanah seluas 2000 kaki persegi dengan anggaran kos sebanyak RM 400 ribu.
Surau nur Al-Falah  ini mula beroperasi pada 5 Disember 1998. Pada tahun 2014 surau Nur Al-Falah telah diperbesarkan hingga boleh menampung lebih kurang 500 jemaah dalam satu masa. Kemudahan surau juga dinaiktaraf pada tahun 2014 dengan menambah pendingin hawa serta permaidani. 


Hari ini surau Nur Al-Falah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti screen projector dan PA sistem yang lengkap. Pelbagai program keagamaan dapat dijalankan disini.